Makanan Organik Jamin Kualiti Susu


pix

Betty Kamen, pakar pemakanan ada menyebut, “Take food as close to their natural state as possible”. Jadi, teliti apa yang anda makan! Ketahuilah, makanan organik berperanan besar dalam menghasilkan susu berkualiti untuk si manja selain membantu meningkatkan taraf kesihatan anda.

Memandangkan terlalu banyak pilihan makanan yang ada ditambah pula dengan kesibukan kerja, anda terleka dan seterusnya tidak peka dalam memilih makanan terbaik untuk diri dan keluarga. Ini terutamanya untuk si manja yang menerima khasiat susu ibu. Ketahuilah, anda seharusnya lebih berhati-hati dan perlu memilih makanan yang bersih dan tidak tercemar oleh racun serangga dan sebagainya.

Masa kini, masyarakat mula menyedari manfaat pemakanan organik. Jadi, mengapa harus anda berlengah lagi? Belum terlambat untuk anda memulakannya dari saat ini! Bukan diri anda sahaja yang akan memperoleh manfaat kebaikan pemakanan organik. Paling penting bayi anda akan merasai tempiasnya.

Dengan memilih untuk bertukar selera kepada makanan yang dihasilkan tanpa penggunaan racun serangga, ia merupakan langkah awalbagi anda mengelakkan diri dan keluarga khususnya si manja daripada terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit yang semakin “ganas” menyerang masyarakat moden yang tidak kisah dengan kualiti dan asal-usul makanan yang diambil setiap hari.

Sebagai makluman, buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam secara organik mengandungi anti-oksida pelawan kanser lebih tinggi berbanding buah-buahan dan sayur-sayuran yang melalui kaedah penanaman menggunakan racun serangga. Buktinya, terdapat kajian yang mengesahkan racun serangga dan racun rumpai menghalang penghasilan bahan kimia yang bertindak sebagai pertahanan semula jadi tumbuh-tumbuhan. Sedangkan, bahan kimia itu sangat berguna untuk kesihatan manusia yang bakal memakannya.

Lebih daripada itu, buah-buahan dan sayur-sayuran organik mengandungi lebih banyak vitamin. Malangnya, melalui kaedah penanaman biasa, khasiat makanan tersebut berkurangan akibat penggunaan racun serangga, rumpai, kulat dan lain-lain. Sebahagian daripada sebabnya ialah baja yang digunakan menggalakkan tumbuh-tumbuhan membesar dengan cepat dan mengandungi banyak air. Dalam pada itu, US Environment Protection Agency (EPA) menganggarkan 60% racun rumpai, 90% racun kulat dan 30% racun serangga yang digunakan pada masa kini berpotensi besar menyebabkan kanser.

Jadi, dengan memilih makanan organik, ia dapat memastikan anda “memindahkan” bahan-bahan semula jadi dan sihat kepada bayi melalui susu ibu. Oleh sebab itu, gaya pemakanan anda penting dalam melindungi bayi daripada “gangguan” bahan kimia yang terkandung dalam susu ibu. Anda sebenarnya boleh mengelak sesetengah (bukan semua) bahan kimia dengan meneliti apa yang anda makan.

Walaupun masalah pencemaran alam dan makanan berterusan, penyusuan susu ibu tetap pilihan terbaik jika dibandingkan dengan memberi bayi anda susu formula. Bagi mengurangkan masalah kesihatan, anda seharusnya:

1. Tidak merokok atau berhenti merokok dan jauhkan diri daripada perokok di kawasan sekeliling anda.

2. Elak minuman beralkohol.

3. Hindari penggunaan racun serangga di rumah, laman atau sewaktu mengendalikan haiwan peliharaan.

4. Jauhi pendedahan kepada bahan-bahan seperti cat, gam bukan berasaskan air, asap petrol, minyak wangi dan pengilat kuku.

5. Elakkan pakaian yang perlu dicuci kering.

6. Makan makanan seimbang yang rendah lemak haiwan dan tinggi lemak produk tenusu.

7. Jika mampu, amalkan makanan yang ditanam secara organik.

8. Hindari makanan yang mengandungi tahap merkuri tinggi seperti tuna. (Untuk keterangan lanjut layari web, http://www.nrdc.org/health/effects/mercury/index.asp.)

Penyerapan toksin amat mudah sekali melanda generasi muda. Memandangkan sistem nyah toksin bayi masih belum matang, jadi andalah yang sepatutnya memainkan peranan. Anda adalah tunggak utama pertahanan kesihatan bayi. Jadi, anda perlu mula mengamalkan pemakanan semula jadi🙂

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s